Masalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua.




MPU 23012

PENGAJIAN ISLAM

JABATAN PERDAGANGAN 

TAJUK: Isu yang paling ketara sekarang ini adalah

 masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua.

Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid

tersebut bertujuan untuk menarik Jemaah ke masjid.

KELAS: DPM2D

NAMA PENSYARAH : TUAN RAGAYAH BINTI RAJA OMAR

AHLI KUMPULAN: 

  NURUL IFFAH SOLEHAH BINTI ZULKARNAIN

(04DPM21F1086)

   SITI ATHIRAH BINTI SAIDI

(04DPM21F1072)

  UMMI ASIAH BINTI ISMAIL

(04DPM21F1064)

IFFAH FARIESAAYU BINTI ABAS

(04DPM21F1020)

AISYA NUR SOFIA BINTI ZAKARIA

(04DPM21F1034)

PENDAHULUAN

Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka. Takrif masjid dari segi bahasa ialah berasal dari bahasa arab “sajada”, ”yasjudu”, ”sujudan” yang membawa maksud erti sujud. Dalam konteks pemakaiannya, sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian ia telah menjadi masjid. Bangunan tempat orang Islam sujud ketika bersembahyang. Dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya. Satu binaan yang digunakan untuk sembahyang jemaah, bersembahyang Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu. Ciri-ciri masjid ialah binaan yang digunakan untuk melaksanakan ibadah khususiyyah atau lain-lain kegiatan yang dibenarkan agama. Konsep masjid ialah suatu binaan yang dikhususkan kepada orang islam bagi melaksanakan ibadah. Keistimewaan kerana umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurangnya sekali seminggu untuk menunaikan solat jumaat.Oleh itu terdapat beberapa masalah yang menyebabkan orang tidak datang ke masjid.

 

Antara peranan masjid ialah:

·       Masjid berperanan sebagai tempat pembinaan ruhiyyah.

·       Masjid berperanan sebagai tempat memarakkan sosial masyarakat.

·       Masjid sebagai tempat pengajaran dan latihan.

·       Masjid sebagai tempat meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.

·       Masjid sebagai tempat mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta keputusan yang besar.

 

ISI MASALAH & PENYELESAIAN

Antara yang menyebabkan orang tidak datang ke masjid adalah :-

1.    Tidak mempunyai daya tarikan untuk menarik minat masyarakat setempat untuk datang ke masjid.Ini telah menyebabkan    masyarakat tidak mempunyai daya tarikan untuk datang ke masjid.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh mengadakan aktivit atau pertandingan yang berkenaan dgn agama untuk menarik minat masyarakat setempat. Contohnya, mengadakan ceramah dan menjemput penceramah jemputan atau tadaruz al-quran.Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur dan laman yang mesra masyarakat sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.Dengan ini, masyarakat akan lebih minat untuk datang ke masjid.


2.  Kurang aktiviti atau tempat untuk melakukan aktiviti sosial. Ini kerana masyarakat zaman kini kurang minat untuk ke masjid terutama golongan remaja.Mereka lebih minat melakukan aktiviti sosial. Akan tetapi mereka akan lebih minat atau sering ke masjid jika mereka dapat melakukan ibadah dan aktiviti sosial di tempat yang sama.Contohnya, aktiviti gotong-royong.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh juga membuat tempat untuk melakukan aktiviti sosial seperti lapangan futsal atau bola atau tempat beriadah. Dengan ini, dapat menarik minat masyarakat untuk datang ke masjid terutama golongan remaja sekaligus ini dapat mengimarahkan masjid tersebut.


Antara aktiviti yang dapat menarik minat jemaah muda adalah :-

1.  Bina mini perpustakaan di dalam masjid supaya orang-orang muda lebih tertarik untuk membaca dengan meletakkan majalah-majalah semasa terutamanya berbentuk Islamik atau info, begitu juga dengan buku yang berkaitan kisah-kisah dan penceritaan yang menarik penuh dengan iktibar serta pengajaran yang dapat diambil. Orang-orang muda akan lebih gemar untuk ke masjid kerana ada tempat yang menarik perhatian mereka. Oleh itu, pihak masjid perlu bina mini perpustakaan dan wujudkan bahan bacaan di perpustakaan masjid yang meraikan kehendak orang muda.


2.  Adakan majlis makan-makan atau sembang santai dengan orang muda dalam uslub dakwah yang mengharmonikan dan lagi merapatkan hubungan dalam sesi perkenalan. Selain itu, mengadakan beberapa majlis agar orang-orang muda dapat menghadirkan diri dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid. Buat perbincangan dengan membina beberapa team mengikut minat orang muda seperti chef masakan orang muda, team pengkaji sejarah, team untuk ambil tahu isu semasa, team jahitan, team sukan, team motorbike dan lain-lain lagi. Jika ingin melakukan majlis, pihak masjid harus mengeluarkan sedikit sebanyak wang untuk mengadakan majlis ini.


3.  Seterusnya, wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya dan sedap mata memandang ketika datang ke masjid , sambil-sambil itu boleh tolong beri makan ikan. Selain itu, bina tempat yang serasi dan selesa bagi orang muda dengan adanya wifi yang sentiasa dipandu dan dipimpin kearah kebaikan. Di samping itu, masjid perlu nampak menarik dan membersih satu halaman masjid dan hias apa yang patut.  Hal ini, pihak masjid perlu menyediakan tempat-tempat bagi menarik orang-orang muda untuk datang.




Kesimpulannya

Masjid merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.

Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan aktiviti bersukan dan riadah.

Selain itu, pihak masjid juga boleh menyediakan infrastruktur yang menjadi keperluan umat islam dan juga anak-anak muda seperti kemudahan teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat pendidikan bagi menarik minat masyarakat untuk menghadiri dan mengimarahkan masjid. Begitu juga dengan menjadikan masjid sebagai hub kemasyaratan untuk rujukan dan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus pra-perkahwinan dan kelas tambahan secara percuma.

Akhir sekali, kami katakan bahawa menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin negara, negeri serta masyarakat. Inilah sebab yang kita dambakan.













 

Ulasan