Masalah masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh orang-orang tua.
MPU 23012
PENGAJIAN
ISLAM
JABATAN PERDAGANGAN
TAJUK:
Isu
yang paling ketara sekarang ini adalah
masjid yang sunyi hanya dikunjungi oleh
orang-orang tua.
Berdasarkan masalah ini buat satu blog tentang masjid
tersebut bertujuan untuk
menarik Jemaah ke masjid.
KELAS:
DPM2D
NAMA PENSYARAH : TUAN RAGAYAH BINTI RAJA OMAR
AHLI
KUMPULAN:
NURUL
IFFAH SOLEHAH BINTI ZULKARNAIN
(04DPM21F1086)
SITI
ATHIRAH BINTI SAIDI
(04DPM21F1072)
UMMI
ASIAH BINTI ISMAIL
(04DPM21F1064)
IFFAH
FARIESAAYU BINTI ABAS
(04DPM21F1020)
AISYA
NUR SOFIA BINTI ZAKARIA
(04DPM21F1034)
PENDAHULUAN
Masjid memainkan peranan yang
sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan
mereka. Takrif masjid dari segi bahasa ialah berasal dari bahasa arab “sajada”,
”yasjudu”, ”sujudan” yang membawa maksud erti sujud. Dalam konteks
pemakaiannya, sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada
batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian
ia telah menjadi masjid. Bangunan tempat orang Islam sujud ketika
bersembahyang. Dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat
Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab,
menara dan sebagainya. Satu binaan yang digunakan untuk sembahyang jemaah,
bersembahyang Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu. Ciri-ciri
masjid ialah binaan yang digunakan untuk melaksanakan ibadah khususiyyah atau
lain-lain kegiatan yang dibenarkan agama. Konsep masjid ialah suatu binaan yang
dikhususkan kepada orang islam bagi melaksanakan ibadah. Keistimewaan kerana
umat islam berkewajipan untuk datang ke masjid sekurangnya sekali seminggu
untuk menunaikan solat jumaat.Oleh itu terdapat beberapa masalah yang
menyebabkan orang tidak datang ke masjid.
Antara peranan masjid ialah:
·
Masjid berperanan sebagai
tempat pembinaan ruhiyyah.
·
Masjid berperanan sebagai
tempat memarakkan sosial masyarakat.
·
Masjid sebagai tempat
pengajaran dan latihan.
·
Masjid sebagai tempat
meleraikan kusut kehidupan seperti qadha’ dan lain-lain.
·
Masjid sebagai tempat
mengatur sistem politik seperti syura, bai’ah dan membuat resolusi serta
keputusan yang besar.
ISI MASALAH & PENYELESAIAN
Antara yang menyebabkan orang tidak datang ke masjid adalah :-
1. Tidak mempunyai daya tarikan untuk menarik minat masyarakat setempat untuk datang ke masjid.Ini telah menyebabkan masyarakat tidak mempunyai daya tarikan untuk datang ke masjid.Oleh itu, pihak jawatankuasa masjid boleh mengadakan aktivit atau pertandingan yang berkenaan dgn agama untuk menarik minat masyarakat setempat. Contohnya, mengadakan ceramah dan menjemput penceramah jemputan atau tadaruz al-quran.Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur dan laman yang mesra masyarakat sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.Dengan ini, masyarakat akan lebih minat untuk datang ke masjid.
2. Kurang aktiviti atau tempat untuk melakukan aktiviti sosial. Ini
kerana masyarakat zaman kini kurang minat untuk ke masjid terutama golongan
remaja.Mereka lebih minat melakukan aktiviti sosial. Akan tetapi mereka akan
lebih minat atau sering ke masjid jika mereka dapat melakukan ibadah dan
aktiviti sosial di tempat yang sama.Contohnya, aktiviti gotong-royong.Oleh itu,
pihak jawatankuasa masjid boleh juga membuat tempat untuk melakukan aktiviti
sosial seperti lapangan futsal atau bola atau tempat beriadah. Dengan ini,
dapat menarik minat masyarakat untuk datang ke masjid terutama golongan remaja
sekaligus ini dapat mengimarahkan masjid tersebut.
Antara aktiviti yang dapat
menarik minat jemaah muda adalah :-
1. Bina mini perpustakaan di dalam masjid supaya orang-orang muda lebih tertarik untuk membaca dengan
meletakkan majalah-majalah semasa terutamanya berbentuk Islamik atau info,
begitu juga dengan buku yang berkaitan kisah-kisah dan penceritaan yang menarik
penuh dengan iktibar serta pengajaran yang dapat diambil. Orang-orang muda akan
lebih gemar untuk ke masjid kerana ada tempat yang menarik perhatian
mereka. Oleh itu, pihak masjid perlu bina mini perpustakaan dan wujudkan bahan
bacaan di perpustakaan masjid yang meraikan kehendak orang muda.
2. Adakan majlis makan-makan atau sembang santai dengan orang
muda dalam uslub dakwah yang mengharmonikan dan lagi merapatkan hubungan dalam
sesi perkenalan. Selain itu, mengadakan beberapa majlis agar orang-orang muda
dapat menghadirkan diri dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid. Buat perbincangan dengan membina beberapa team mengikut minat orang muda
seperti chef masakan orang muda, team pengkaji sejarah, team untuk ambil tahu
isu semasa, team jahitan, team sukan, team motorbike dan lain-lain lagi. Jika
ingin melakukan majlis, pihak masjid harus mengeluarkan sedikit sebanyak wang
untuk mengadakan majlis ini.
3. Seterusnya, wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya
orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa
rapi dan bersih sifatnya dan sedap mata memandang ketika datang ke masjid ,
sambil-sambil itu boleh tolong beri makan ikan. Selain itu, bina tempat yang
serasi dan selesa bagi orang muda dengan adanya wifi yang sentiasa dipandu dan
dipimpin kearah kebaikan. Di samping itu, masjid perlu nampak menarik dan
membersih satu halaman masjid dan hias apa yang patut. Hal ini, pihak masjid
perlu menyediakan tempat-tempat bagi menarik orang-orang muda untuk datang.
Kesimpulannya
Masjid merupakan institusi penting dalam
membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan
masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat.
Ahli jawatankuasa masjid seharusnya memainkan peranan untuk
menarik minat para pemuda dan memahami apa yang diminati mereka. Antaranya
dengan memperbanyakkan aktiviti yang diminati mereka seperti menganjurkan
aktiviti bersukan dan riadah.
Selain itu, pihak masjid juga
boleh menyediakan infrastruktur yang menjadi keperluan umat islam dan juga
anak-anak muda seperti kemudahan teknologi, pusat kemudahan riadah dan pusat
pendidikan bagi menarik minat masyarakat untuk menghadiri dan mengimarahkan
masjid. Begitu juga dengan menjadikan masjid sebagai hub kemasyaratan untuk
rujukan dan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan kursus pra-perkahwinan
dan kelas tambahan secara percuma.
Akhir sekali, kami katakan bahawa
menjinakkan anak-anak muda dan menarik mereka ke masjid boleh menjadikan jiwa
mereka terisi, akhlak mereka diunggulkannya serta kehidupan mereka lebih
bermakna untuk menjadi orang dewasa yang benar-benar mampu menggalas tugas
sebagai hamba Allah yang soleh dan pada masa akan datang sebagai pemimpin
negara, negeri serta masyarakat. Inilah sebab yang kita dambakan.
Ulasan
Catat Ulasan